rentetan [...part 1...]
Lewat tengah malam, arwah di bawa untuk scan keretakan di bahagian kepala...doktor bagitau sebahagian otaknya dah membangkak, jika arwah dipanjangkan umur sekalipun, arwah mungkin tidak seperti sebelum ni, mungkin arwah akan jadi kurang normal...Allah, luluh hati kami mendengarnya...hanya Tuhan yang tahu apa yg berada dalam hati kami terutamanya mak & ayah...
Lepas diperiksa, arwah dimasukan lagi ke Zon Merah untuk rawatan selanjutnya...proses rawatan makan masa kerana menunggu doktor sampai...deringan telefon dan mesej masuk bertalu-talu dari sanak saudara untuk bertanyakan khabar arwah...cik lynn bagitau adik-adik yang lain dan menyuruh mereka pulang kerana keadaan arwah semakin kritikal, lebih-lebih lagi doktor menyatakan peluang untuk arwah hidup hanya 50%...
[...adik tertidur kat hospital sebab lama sangat tunggu...]
Lebih kurang jam 5.30 pagi, arwah di bawa ke unit rawatan rapi (ICU)...namun begitu darah tetap juga mengalir dan tidak mahu berhenti...sepanjang perjalanan ke bilik ICU darah menitis-nitis jatuh ke lantai... Bila arwah dah dimasukan ke ICU, mak minta cik lynn dan adik-adik balik ke rumah dulu...cik lynn pun balik dengan hati yang berat...kami sampai di rumah jam 6.30 pagi...
Usai solat subuh, cik lynn berdoa agar arwah dipanjangkan umur dan Allah mengampunkan segala dosa-dosa beliau....Pagi tu, cik lynn dan adik-adik memang lena sangat tidur, maklumlah sepanjang malam berada di hospitalkan...langsung tak sedar deringan telefon dan mesej yang masuk pagi tu....
cik lynn terjaga bila, mak sedara datang ke rumah dan bagitau yang arwah dah tiada....Ya Allah, masa tu memang down sangat-sangat...air mata terus je gugur tanpa boleh di tahan-tahan...cik lynn check telefon, memang banyak call dan mesej masuk daripada sedara yang ada di hospital...memang menangis sungguh masa tu....dah tak fikir orang lain dah...
Mak sedara datang untuk tolong kemas rumah...kami adik beradik pun bergegas ke hospital...masa tu da tak kisah da keadaan diri...mata memang sembab sesangat masa tu...air mata sentiasa bergenang...drive pun terasa kabur...tapi, gagahkan diri juga untuk ke hospital...dan kami sampai dengan selamat.... Bile dah sampai, kami terus ke bilik mayat, tapi sepupu maklumkan, arwah masih di ICU, so kami pun terus ke sana...
Family, minta arwah dimandikan dan dikapankan di hospital juga sebab, darah masih keluar tak berhenti-henti...jadi sukar kalau kami nak mandikan jenazah di rumah....cik lynn pun tengoklah masa arwah dimandikan, bersih je muka dia...cuma kesan lebam dan bengkak je yang nampak... Masa 9.25am | 8hb April 2013...
Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan...terima kasih kepada yang sudi hadir terutamanya rakan-rakan lama arwah masa sekolah dulu, bos tempat kerja arwah, guru yang mengiringi rakan-rakan arwah dan semuanya...terima kasih yang tak terhingga daripada kami sekeluarga..moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....insyaAllah....amin.... Al-Fatihah...
[...abaikan yang lain-lain..just showing you his picture, act...hehehe...]
for Reading....tata...alaaa cikebumcikebum...muaahhhh...






