....Kenangan Abadi (part1)....

hmmm....da hampir sebulan lebih berlalu, tapi ingatan cik lynn terhadap 'dia' tak pernah pudar...tiap hari teringatkan 'dia'........si 'dia' yang cik lynn maksudkan adalah Arwah adik cik lynn Mohd. Norsyafiq bin Nasir yang telah kembali ke rahmatullah pada 8hb April 2013.... Al-Fatihah untuk arwah beliau, moga roh nya tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....aminnn.......

7hb April 2013, cik lynn berhajat untuk buat program "Klik Dengan Bijak" & "Get Malaysian Business Online" bersama family dan sedara-mara. So, cik lynn bgtau la diorg semua untuk datang rumah pada 14hb April....pada tengah hari Ahad 7hb April ni juga, mak kemas anjung rumah, kemas barang-barang motor arwah yang bersepah, mak cakap kt diri sendiri "nanti bile arwah tnya mana barang motor dia mak cakap ada kt pondok kereta"...mak cerita lagi, macam ada yang menyuruh kemas rumah masa tu, "nanti orang datang tak lah bersepah rumah..." tu lah kata hati mak....

Dan bila cik lynn balik kerja petang tu, memang rasa rumah nampak lain, tak lah bersepah dengan sparepart motor sana sini.... Detik jam 7.30 malam, mak dapat panggilan yang mengatakan arwah excident di sungai mati, keadaannya sangat parah... Kami pun bergegas ke tempat kejadian... Ya Allah, jalan jem teruk masa tu...arwah masih terlantar di situ menunggu ambulance. Yang cik lynn sakit hati, ambulance yg terdekat lambat sangat sampai...nak di ikutkan tak sampai 5 minit pun daripada tempat kejadian....hampir 1 jam arwah terlantar kt situ....orang ramai tak dapat nak bantu sebab keadaan arwah yang parah...kaki & tangan kanan patah...dengan pendarahan di kepala yang banyak.... dalam hati cik lynn... Moga Allah selamatkan arwah.....Kemalangan melibatkan kereta dan motor...dan yang salah adalah kereta sebab dia nak keluar simpang, tidak nampak motor dari sebelah kan yang ditunggang arwah....

[...inilah keadaan motor arwah, bahagian depan hancur teruk...]

Hampir jam 8.15 malam, baru lah ambulance dari Bukit Gambir sampai...mak dan seorang kawan arwah ikut naik ambulance, cik lynn, ayah dan adik menyusul dengan kereta... Sampai di hospital, arwah di tempatkan di Zon Merah....hampir 10 jam arwah dibahagian Zon Merah... kami, saudara mara, dan rakan-rakan arwah sabar menunggu di luar.... Doktor mengatakan keadaan arwah terlalu kritikal, tekanan darah semakin turun...dan arwah hanya berpeluang 50% sahaja untuk teruskan hidup...... Ya Allah, sebak dan sedih di hati kami, hanya Kau sahaja yang tahu....selamatkan 'dia' Ya Allah..... ='(

[...Zon Merah at Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar...]

...........................

#sampai sini dulu la nukilan hati ni....air mata berlinangan, tak boleh nak stop....

for Reading....tata...alaaa cikebumcikebum...muaahhhh...