Salam sejahtera my readers....ehhh3...ade ke reader kt sini...hehe ada cik lynn kisah? huhu ^_^
sejak kerja ni cik lynn kerajinan nk update entri berkobar-kobar plak...maklum laa tenet pun laju kn...hihihi lau dulu, tak sempat nk update line tenet da mati....haishhh tension cik lynn.....
Baru-baru ni, cik lynn telah diarahkan oleh pihak HQ untuk berkursus di Kuala Lumpur...4hari 3malam dekat sna...memang seronok laa kursus sambil makan angin kn...hehe...sempoi habis...ahakzz...
Kursus ni mengajar cik lynn mengenai
1Citizen...haaa korang tau tak apa itu 1Citizen? kalau dalam bahasa Melayu nya 1Warganegara...ehhh yeke ek?? hahaha lebih kurang macam tu laa...hehe...objektif sebenar
1Citizen ini adalah "ia satu program di mana ia mengajar kita sebagai pengguna kemudahan digital, untuk menggunakan kemudahan itu secara berhemah dan beretika. Menerapkan rasa tanggungjawab dan nilai-nilai murni terhadap setiap individu agar kita sentiasa berfikiran terbuka dan positif dalam menilai sumber maklumat dan komunikasi masa kini, dan apa yang paling penting, kita tidak menyalahgunakan kemudahan digital dan teknologi yang sedia ada."...haaa korang faham tak? mesti faham kn....hehe
Dalam pada itu, ada 8 modul yang diterapkan antaranya :
e-akses, e-celik, e-peraturan, e-interaksi & komunikasi, e-penjagaan, e-perusahaan, e-kebertanggungjawaban, dan e-keselamatan. Bila da habis study semua modul tu, kami kena jawab exam, ada 45 soalan kesemuanya. Hari last berada di HQ kami di bawa melawat ke HQ DiGi pula...DiGi pun salah satu tempat kami bernaung.
sebelum balik amik la picture dulu sbg kenangan...hehe...
gambar atas tu masa dekat our HQ...sesi penerangan sebelum jawab exam...
gambar bawah plak masa sesi game dekat DiGi HQ...game ni macam ni, orang dibahagian belakang cik lynn tu menghadap skrin, jadi dia akan bagitau setiap huruf/number untuk cik lynn & orang dibelakang tulis...haa macam tu laaa....hmm gelak sakan cik lynn kn..maklum laa sbnarnya apa yang ditayangkan di skrin tu nmpak pantulan bayangnya di cermin yang belakang, so apa lagi, cik lynn pun cepat-cepat la salin...lom sempat kak ina bagitau cik lynn da siap da...hebat kan...hahaha ^_^ siapa yang tak perasan tu nasib laa......huhuhu
ni picture kami bersama Senior Regulatory DiGi, ms Aina...picture ni berlatarbelakangkan air terjun...serius cantik pemandangan dia... ^_^
Ms.Aina & En. Sam laa yang bawa kami melawat sekitar bangunan DiGi ni...ruang kerja diorang memang santai, cantik & best... Bahagian Customer Service pun best...so sesiapa yang berminat nak kerja Customer Service DiGi bolehlah mohon ye....hehehe...
Kesimpulanya.....amboi...mcm karangan pulak kan siap ada kesimpulan bagai...huhuhu... Ok laa, sepanjang 4hari tu, memang cukup best, banyak pengalaman n ilmu yang cik lynn dapat, bertambah lagi kenalan n sahabat...seronok sangat!!! =) Moga pengalaman dan ilmu yang baru ditimba ni, dapat membantu cik lynn dalam usaha untuk meningkatkan mutu kerja....InsyaAllah...amin... ^_^
for Reading....tata...alaaa cikebumcikebum...muaahhhh...