Hello my dear readers.....
Hari ini nak cerita pasal
Phishing... haaa.....adik-adik dan kawan-kawan tau tak apa itu
phishing? apa? memancing??? hahaha......lebih kurang macam itu laa.....tapi ia bukan memancing ikan ye....jangan salah faham pula ok!
Phishing merupakan salah satu taktik penipuan oleh seseorang individu mahupun berkumpulan untuk mengambil maklumat peribadi seperti nombor PIN, kata laluan, identiti pengguna, nombor akaun bank, dan kad kredit orang ramai. Bila
phisher ini sudah dapat maklumat yang mereka kehendaki, mereka akan menggunakan maklumat tersebut untuk mengakses akaun peribadi anda, terutamanya akaun bank dan kad kredit.
Kebiasaannya,
phisher ini akan menghantar e-mel atau mesej palsu kepada mangsa mereka. E-mel dan mesej ini pula bila kita lihat ia kelihatan seperti e-mel sebenar, dan ia secara tidak langsung akan menarik minat kita untuk mengesahkan kata laluan, nombor kad kredit, dan melengkapkan data yang di minta oleh penjenayah siber itu.
Kawan-kawan tahu tak macamana
phishing dilakukan? Ok, dia macam ini :
- Mula-mula si phisher ini akan membuat satu e-mel, mesej ataupun laman sesawang palsu yang nampak serupa dengan laman sesawang yang rasmi.
- Lepas itu, mereka pun akan menghantar e-mel dan mesej palsu tu dekat korang. Phisher biasanya akan mendakwa yang dia daripada syarikat perniagaan seperti Amazon, PayPal dan e-Bay, malah dia juga akan meyakinkan anda yang dia orang merupakan pegawai dari bank dan kad kredit.
gambar ni menerangkan cara bagaimana Phishing dilakukan.
Phisher pun kurang cerdik sebenarnya...huhu sebabnya laman web atau e-mel yang dibuat biasanya tidak betul (ejaan salah / kurang tepat)...hehe...kenapa? saya pun tidak tahu....huhuhu...jadi, dari situlah anda boleh tahu kesahihan laman web dan emel tersebut.
Facebook sebenar
Cuba bandingkan dengan laman Facebook yang sebenar... sama tapi tidak serupakan? jadi, inilah salah satu contoh phishing... klik gambar untuk tumbersaran sihat ye..
Apa yang kita perlu tahu?
- Pengesahan kata laluan melalui klik link dalam e-mel adalah tidak selamat.
- Pihak bank atau mana-mana agensi perniagaan tidak akan sekali-kali menghantar e-mel kepada anda untuk anda mengesahkan akaun / kata laluan anda.
Phishing boleh melalui panggilan telefon ke? ohhh....kenapa tidak...saya sendiri penah alami....nak tahu kisah saya? hehehe......
Ok, saya rewind my mind ye...huhuhuhu.......kisah ini berlaku 4 tahun lepas..masa itu bulan puasa...tengah tolong emak siapkan judah untuk dijual, tiba-tiba saya dapat panggilan telefon dari syarikat yang saya kurang pasti. Cara dan gaya dia cakap macam orang Cina + Indonesia...tapi nama orang Melayu...haaa....cuba teka....hehehe.... Jom ikuti kisah saya yang tak seberapa ni...
A : Hello...boleh saya cakap dengan cik QWERTY?
saya : Hello..ya saya...
A : Cik saya dari syarikat........nak bagitau yang nombor telefon cik 019******* telah jadi nombor bertuah dalam senarai syarikat kami...cik menang tempat ketiga bernilai RM5000.....
saya : oh...yeke...macamana nombor saya boleh menang? saya tak pernah masuk pertandingan apa-apa pun...
A : Macam ini cik, kami dapat nombor telefon cik dari syarikat telekomunikasi, dan daripada senarai itu, kami dapati nombor cik bertuah dalam pembidaan. Kami akan masukan hadiah wang tunai hari ini, tapi sebelum itu, kami nak tahu cik ada guna bank AmBank / EON tidak?
saya : ermmm...saya ada EON bank.
A : OK..boleh tidak cik pergi ke atm bank petang ini sebelum pukul 4.00 petang? nanti kami akan bagitau, apa yang cik perlu buat.
saya : Kenapa saya perlu pergi atm bank pula? Awak ni boleh percaya ke? apa nama awak?
(dia pun bagilah nama & no ID kerja dia...cehhh......ingat aku nak percaya ke?)
A : Kalau ada apa-apa masalah cik hubungi saya hari ni...kerana hari ini saja cik berpeluang dapat hadiah itu...jika cik tidak tuntut, saya akan bagi pada orang lain.
saya : ok...terima kasih...
haa....kau orang percaya tak? hehehe saya pun tak percaya masa itu...saya pun cerita dekat parent dan mak sedara, dia orang pun cakap semua itu tipu...yelaa...kalau betul dia nak bagi hadiah duit, kenapa kita perlu pergi ke atm mesinkan..betul tak? nampak sangat yang dia hendakkan duit kita...kalau betul-betul saya pergi, entah apalah yang akan jadi.. silap-silap kena culik...siapa tahu kan? tapi memang tidak akan pergi pun...baik tolong emak dekat bazar....hehehe ^_^
Kau orang ingat tak dulu Power Root ada buat game pembeli bertuah, siapa yang beli produk dia & siapa yang bertuah, dapat la hadiah. Iklan dia yang saya pasti kau orang ingat "Saya menang motor" hahaha....masa itu, ramai orang dapat mesej dari syarikat Power Root yang kau orang menang duit beribu-ribukan? lepas itu nombor pengirim pun kita tak tahu dari negara mana....haaa....itu pun cara phishing menipu...
*** Kawan-kawan dan adik-adik yang disayangi, di harap lepas ini anda akan lebih berhati-hati dan jangan terlalu percaya dengan e-mel, mesej, laman sesawang dan panggilan telefon yang anda dapat. Jika anda dapat e-mel, mesej atau panggilan telefon yang meragukan tolong double check dahulu ye.. ^_^
for Reading....tata...alaaa cikebumcikebum...muaahhhh...